Tuesday, May 19, 2009

Aku sebenarnya dah lama cari korang

Kepada kawan2 lama aku, aku nak cerita sebenarnya aku dah lama cari korang. Dulu masa aku kerja di Maybank sebagai System Implementation Specialist, aku selalu pergi outstation seluruh Malaysia. Setiap tempat yang aku lawati, aku pasti cari peluang untuk cari kawan2 lama. Contohnya, masa aku outstation di Johor Bharu, aku cari Badaruddin Kassim. Dia ni kerja di Jabatan Kastan di JB ketika itu (1990). Masa aku lepak di hotel penginapan aku (Tropical Inn), aku call Jabatan Kastam dan dapat bercakap dengan Badaruddin. Kami jumpa dan had lunch together somewhere kat Tropikal Inn tu. Lepas tu aku lost contact.
Puan Hajah Siti Fatimah Jalal

Tahun lepas, aku balik kampong di Tanjong Karang melawat ayah aku yang sakit di Hospital Tg Karang. Sambil menyelam minum air, aku tahu yang abg Siti Fatimah Jalal bertugas di hospital tersebut. Aku cari abg dia yang bernama Mohd Kadis Jalal. Kami berborak beberapa minit dan bertukar2 no telefon. No hp pertama yang aku tanya ialah no Siti Fatimah Jalal. Bila aku dapat nombor Siti Fatimah, aku call dia. Kami borak panjang. Aku beberapa kali sms dia mintak personal email dia tapi dia tak kasi2. So lepas tu aku tak pernah call atau sms dia lagi. Mungkin dia sibuk mengurus kewangan di Universiti Industri Selangor (Unisel). Dia sekarang jadi orang besar di sana (Bendahari). Kalau korang nak tengok dia klik di sini.



Y.B. Dato' Haji Noh bin Omar

Sorang lagi aku cari ialah Noh Omar. Korang tahu macam mana aku nak cuba contact dia? Masa aku balik ke Tg Karang, bertentangan dengan Sek Kebangsaan Tg Karang di Batu 7, ada satu billboard besar yang ada gambar dia sebagai ahli parlimen Tg Karang. Aku catit no hp yang tertera di billboard besar tu dan aku sms dia banyak kali tapi satu pun tak berjawab. Aku tahu hp tu bukan dia yang pegang. Sekurang2nya orang kepercayaan dia akan bagitahu no hp aku pada dia. So kesimpulannya mungkin dia tak tahu yang aku cari dia. Aku cari dia buka ada tujuan lain tetapi semata2 nak buat hubungan kembali sebab dia kawan lama aku dan masa dia susah dulu, aku ada jugak la tolong dia. Bukan nak ungkit sebab yang aku tolong tu sikit sangat. Tapi kami berkongsi cerita nostalgia yang tak ternilai harganya. kami juga berkongsi tarikh lahir. Kami sama lahir pada 23hb Februari 1958. Tak caya? Klik kat sini.

No comments:

Post a Comment