Saturday, May 16, 2009

Kawan lama yang pertama call aku.

Masa aku sedang ambil kereta syarikat yang aku akan guna sementara waktu menantikan kereta baru yang bakal aku beli, aku ada terima panggilan dari kawan sekolah aku dari Tingkatan 1 sampai tingkatan 5.


Nama dia Siti Rosngatin bt Kajar. Budak sawah sempadan kot ataupun Sg Terap. Sekarang bukan budak lagi, dah nenekpun. Aku sebenarnya cukup teruja bila dapat panggilan telefon dari kawan lama aku tu. Bayangkan sejak 1975 sehingga kini aku tak pernah jumpa lagi dia. Dulu kami sama2 sekolah di Sekolah Dato' Haron dari Tingkatan 1 sampai 3. Lulus SRP, kami sama2 mohon Sekolah Menengah Teknik Seremban (sekarang Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaaffar). Memandangkan kami sama2 minat perdangangan, kami ditempatkan dalam kelas yang sama iaitu Tingkatan 4 Perdagangan dan kemudiannya 5 Perdagangan. Selain dari subjek2 biasa seeperti Ilmu Hisab dan Sains, kami juga belajar Perdagangan dan Prinsip Akaun. Sekarang kebanyakan kawan2 sekelas kami berkecimpung dalam bidang yang berkaitan Akaun. Siti Rosngatin sekarang merupakan Penolong Juruaudit di Jabatan Audit dan berpengkalan di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Macam mana agaknya aku dapat contack dia? Aku browse through internet guna google serch dengan menaip nama dia orang dan aku ternampaklah kelibat nama dia dan aku hantar email kat dia by leaving my handphone number. Begitulah caranya aku cari kawan2 lama aku. Dari situ timbul idea untuk aku untuk create another blog ini specifically untuk aku cari kawan2 lama aku dan aku namakan blog ni sebagai http://akudankawan2lama.blogspot.com/. Blog ni aku buat untuk cari kawan2 sekolah aku sejak 1965 (SK Sg Sireh) hinggalah 1975 (SMT Seremban).

Berbalik kepada cerita Siti Rosngatin ni, dia ni dulu sangat aktif dalam sukan. No wonderlah muka dia macam budak lengkongan 20han. Sekarang dah punya anak seramai 6 orang. Kalau tak silap dah punya cucu at the age of 51+. Aku sekarang sedang cuba untuk membuat hubungan dengan lain-lain kawan melalui Siti Rosngatin. Untuk pengetahuan korang, dalam kelas Perdagangan tahun aku tu cuma ada 5 orang lelaki di dalam kelas tersebut. Selain itu semuanya perempuan dan kalau tak silap lebih 35 orang perempuan. Yang lelaki ialah, Ali, Baharuddin, Norib, Salman aku sendiri. Masa Tingkatan 4, aku jadi Ketua Tingkatan tapi masa tingkatan 5, aku kalah dengan Siti Fatimah Jalal (sebab perempuan ramai sangat yang sokong dia) dan aku jadi Penolong Ketua Tingkatan.


No comments:

Post a Comment