Thursday, May 21, 2009

Cerita aku sepintas lalu

Anak sulung aku, Nurul Nadiah

Anak No 2, Nurul Izzah

Emak aku, 60+

Ayah aku 70+

SPM aku dapat grade 2 tapi aku dapat kredit yang baik dalam Prinsip Akaun dan Perdagangan. Aku bercita-cita nak jadi Akauntan. Dengan berbekalkan keputusan tersebut aku applied masuk ITM. Dulu ITM belajar sepenuhnya guna Bahasa Inggeris, so, aku kena masuk Prepatory Course dulu selama setahun then baru aku diterima masuk untuk buat Diploma in Accountancy. Aku bukanlah terror sangat. Aku grad dengan CGPA 2.87. Lepas grad aku terus kerja di Maybank. Mula2 jadi trainee di Maybank Ampang Park selama 6 bulan. Lepas tu aku kena posting di Accounting Department. Kat situ aku kerja selama 8 tahun, sekali naik pangkat. Lepas tu aku ditukar ke Information Services Dept (Data Processing). Melalui ISD ni aku berpeluang buat kerja2 di luar kawasan. Aku dah round seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Akhir sekali aku dihantar untuk convert Branch Accounting System dari manual system ke Computerised Accounting System di Negara Brunei Darussalam. Di situlah bermulanya kisah aku kerja di Brunei.

Kat Brunei tu ada 2 cawangan Maybank ie di Bandar Seri Begawan dan di Seria. Di Seria lah aku ditawarkan untuk bekerja sebagai Financial Manager salah satu customer Maybank Cawangan Seria. Dipendekkan cerita akhirnya aku ditawarkan kerja sebagai Manager cum Accountant di salah sebuah syarikat sederhana kecil yang terbabit dalam berbagai bidang di Brunei. Bermula dengan Pengurus Akaun dan akhirnya aku di lantik sebagai Pengurus Besar Kumpulan. Pada tahun 2006, ekonomi kurang baik dan kontrek aku tak disambung. Aku pun balik ke Malaysia dan cari kerja pulak di sini. Hidup aku dulu mewah dengan gaji yang kira ok la. Bila dah balik Malaysia dah tak dapat macam dulu aku kerja di Brunei. One thing aku nak cakap, aku rasa aku memang patut balik Malaysia dan memulakan cerita baru. Sekarang aku kerja dengan kawan yang aku kenal di Brunei dulu sebagai Senior Operation Manager in charge tentang Akaun, Human Resource dan Operasi. Aku cukup gembira bekerja di syarikat sekarang ini. Sebelum ni aku dah kerja di 4 tempat lain. Ini merupakan kerja kelima aku selepas balik dari Brunei.

Anak bungsu aku, Mohd Hafiz

Tentang keluarga pulak, aku kahwin pada tahun 1986 bulan April dengan seorang wanita hebat berasal dari Kelantan bernama Zaiton. Kami dikurniakan 5 orang anak. 4 yang pertama perempuan dan yang terakhir lelaki. Anak sulong sekarang di semester akhir program Sarjana di UTM Sekudai. dalam bidang Kimia. Adik dia baru tamat Program Espress Mara UTM dan InsyaAllah akan memulakan program Sarjana Muda pada Julai ini di UTM juga. Anak ketiga sekarang Tingkatan 4 di MRSM Alor Gajah. Kakak dia yang sekarang belajar di UTM tu pun bekas pelajar MRSM. Yang keempat, Tingkatan 2 di SMK Seri Sepang dan yang bungsu Tahun 4 Sek Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Kedua2 orang tua masih lagi ada walaupun selalu sakit-sakit.

Anak2, Isteri tersayang dan anak saudara.


No comments:

Post a Comment