Thursday, May 14, 2009

Salam Perkenalan

This is my first posting on this blog which I call 'aku dan kawan2 lama aku'. This blog I created purposely to dedicate to my old school friends from the day I joined school in 1965 until I stoped schooling in 1975.

Tujuan aku ialah untuk mencari seramai mungkin kawan2 sekolah sejak aku sekolah di Sek Kebangsaan Sg Sireh (1965-1969), kemudian aku pindah ke Sek Keb Tg Karang (1969-1970.) Pada tahun 1971 aku memulakan persekolahan menengah di Sek Dato' Harun (1971-1973). Lepas tu aku pindah ke Sek Men Teknik Tuanku Jaafar (1974-1975) di Ampangan NS. Selepas itu aku masuk ITM selama 4 tahun. 1 tahun Prefatory Course (belajar English) dan 3 tahun Diploma in Accountancy. Sekiranya anda terjumpa blog ini, sila-silalah meninggalkan komen anda di sini. Jangan lupa tinggalkan email address sekali.

Di antara kawan2 yang telah bersama aku masa sekolah dulu (yang aku masih ingat) ialah Helmi Rashid, Roslan Sabtu, Hanafiah, Hashim Ibrahim, Nor Arfah, Sharifah Sulaiman dan Sulaiman Hj Sabran (sepupu aku) dari Sekolah Kebangsaan Sg Sireh. Di Sekolah Kebangsaan Tg Karang pula Masdar Mansor, Sukairi Sohot, Md Zain Khiri dan Khairuddin Shamsudin (Lebam). Manakala di Sekolah Dato' Harun, kawan2 aku yang aku ingat ialah Noh Omar (yang berkongsi tarikh harijadi dan sekarang dah jadi Menteri), Basiron Hamzah (skrg dah jadi Doktor), Hamidah (yang pernah diejek2 sebagai pasangan aku masa sekolah dulu), Maznah (yang quite cantik) Siti Salbiah (aku selalu pergi rumah dia dulu dan kami sangat rapat). Tapi yang paling aku cari ialah kawan setingkatan masa di SMT Seremban dan kawan yang sama bersekolah di SMT Seremban. Nama2 korang aku tak payah catitkan sekarang. Korang hubungi aku melalui blog ini. Tinggalkan komen korang dan tinggalkan email address sekali.

Jumpa lagi dan aku rindu korang.

No comments:

Post a Comment