Tuesday, May 19, 2009

Aku terima panggilan dari Shidah pulak

Hari ini Selasa 19hb Mei 2009 aku terima panggilan dari Rashidah Ismail (aku main hentam saja) dan aku biasa panggil dia Shidah. Shidah ni rakan setingkatan sewaktu aku belajar di Sek Menengah Teknik Tuanku Jaaffar di Seremban dulu. Syidah merupakan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar pandai di kelas aku. Tujuan Shidah call adalah untuk set appointment untuk perjumpaan bersama Siti Rosngatin Kajar yang Shidah rancang akan diadakan di NZ Curry House pada hari Isnin, 25hb Mei 2009. Sesiapa yang mengenali kami, boleh la join sekali. Untuk join, sila email kat alamat email aku hamidonzaini@gmail.com.

No comments:

Post a Comment